<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/274768771383324516?origin\x3dhttp://ainmohdkamal.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
#TeamHijrah
Sunday, 16 December 2012 @ 00:00

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum...

Let's talk about hijrah. Yeay me. Akhirnya syukur alhamdulillah.

Tahu apa itu hijrah? Hijrah ini ada banyak contohnya. Dari Malaysia berhijrah ke London. Dari tidak pandai menjadi pandai. Dari jahat kepada baik. Macam macam. Tapi.....salah satu hijrah yang disarankan dalam Islam is......................

*bunyi drum*

Hijrah daripada yang buruk kepada yang lebih baik.

Haaa nak tahu apa dia? Maksudnya, mungkin dulu awak ni seorang yang jahil tetang Islam. Dan mungkin juga awak ni hanya Islam pada i/c tetapi tidak pada pakaian, adab dan akhlak. Dan mungkin, awak ni tahu tentang Islam, tapi alah..buat apa nak islamik sangat. Asal pakai tudung dah lah. Ataupun, awak ni jenis seorang Islam, tetapi asal solat je dah lah. Buat apa nak tutup aurat.

Kalau awak antara golongan-golongan diatas atau sewaktu dengannya, saya mohon, carilah kebenaran yang sebenar-sebenarnya. Cari Islam yang sebetul-betulnya Islam. Masih belum terlambat. Tapi ingatlah....kiamat sudah dekat. Dan Allah boleh tarik nyawa awak bila-bila masa sahaja. Awak tak tahu, saya tak tahu, semua orang tak tahu. Tapi hanya DIA yang tahu. Kan kan?

Cuba awak tengok, dah banyak orang share tanda-tanda kiamat dekat laman sosial. Dah ramai mengajak supaya mencari Islam yang sebenar-benarnya. Dah ramai yang mengajak menutup aurat dengan sebetulnya. Awak mesti ada nampak kan kan kan? Jangan kata tak pernah nampak, nampak beno menipunya~

Bila awak nampak orang share benda tu, tak rasa nak berubah ke? Even saya ni sangat-sangat menyesal, sedih bila baca apa yang mereka share. Serious talk.

Awak nak tahu? Bila awak mencari sebenar-benarnya Islam, sangat seronok. Sebab, awak mesti akan dapat ramai kawan-kawan baru..ilmu baru. Bukan tu je sebenarnya, awak pon akan rasa tenang, selalu happy. Sebab apa? Sebab awak dah dapat rasakan cinta Allah SWT.

Memang. Memang. Memang betul nak berubah tu susah. Saya sendiri mengaku. Tapi......sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Betulkan? Berubah secara berperingkat pon takpe. Allah tak kejam. DIA tahu niat awak sebenar-benarnya.

"Peghijrahan mengajar erti kesabaran. Di saat ingin marah, teringat di kepala, Sabar Allah sedang mengujimu"

"Menjadi soleh/solehah bukan mudah. Perlian daripada manusia kena tahan dengan halwa telinga. Kalau tidak, pasti rebah. Kerana itu perlu istiqamah"


Dan, dalam masa awak berubah tu mesti ada orang mengata, taknak kawan dengan awak lagikan? Takpe, anggaplah itu satu ujian Allah untuk awak. DIA nak tengok sejauh mana awak nak berubah. Yang paling penting, jangan putus berdoa kepada Allah. Mohon pertolongan. Dekatkan diri dengan orang-orang yang baik. Pergi ke majlis-majlis ilmu.

"Ada orang tak suka awak? Relaks sebab kita bukan boleh puaskan hati semua orang. Biarlah dia terus bercakap, nanti diamlah dia tu"

"Bila nak berubah, ade je yang kritik kita macam-macam. Pedulikan kritikan mereka. Nanti dekat akhirat, bukan dia tolong awak pun"


"Ala.... baju labuh-labuh tu mahal. Mana ada duit nak beli. Tudung labuh lagi"

Itu bukan satu alasan. Awak boleh cuba simpan duit sekolah. Takpe, simpan sikit-sikit. Mesti boleh beli punya. Tak pun, terus terang je dengan ibu bapa awak. Takkanlah ibu bapa nak marah kot anak mereka nak berubah ke jalan yang benar? Tak mungkin :')

Dan, nak ada rumah, kena ada tiang yang sangat sangat sangat kukuh dan kuat bukan? Jadi....peliharalah solatmu. Solat fardhu jangan pernang ditinggalkan-tinggalkan. Rajin-rajinlah buat solat-solat sunat, seperti solat sunat hajat, solat sunat dhuha, solat sunat taubat. Solat itu tiang agama. Kalau solat pun rongak, habislah tiang tu melopong-lopong.

Jadi, kalau awak jaga solat awak, in shaa Allah. Iman awak pasti akan menjadi lebih kukuh. Kalau awak jaga solat, mesti awak ada keyakinan untuk berubah kejalan Allah. Lebih yakin untuk menutup aurat sepenuhnya. Believe me.

Dan, jangan lupa. Syaitan akan sentiasa menghasut anak-anak Adam. Kerana itu janji mereka. Jadi, rajin-rajinkan lah mulut dan hati awak bersenam. Selalu lah beristighfar....

"Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selepas selesai solat" (Qaaf: 40)- Perintah Allah kepada umatnya iaitu kita semua"

Rajin-rajinkan lah juga diri awak untuk baca Al-Quran tiap-tiap hari. Awak sibuk? Sekurang-kurangnya bacalah satu muka surat. Kalau ada masa terluang, lebihkan. Kalau nak lebih menghayati ayat-ayat yang awak baca tu, awak bacalah pula maksudnya. Kalau awak rajin baca Al-Quran dan awak faham apa isi-isinya, in shaa Allah, hidup awak mesti lebih bahagia.

Itu jelah yang saya mampu share. Saya pun baru berhijrah. Masih belaja-belajar. Jangan segan untuk berkongsi. Mohon maaf kalau ada yang tersalah. Minta beritahu saya dimana kesalahan saya. Jangan takut, saya tak marah.
Assalamualaikum.....